Saturday, February 4, 2012

salam maulidur rasul :)

assalamualaikumualaikum. :)
  Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim




terlebih dahulu saya ingin mengatakan yg saya ni hanyalah seorang hamba Allah yang masih dalam proses untuk merasai kemanisan iman itu :) dan Alhamdulillah bila saya ada singgah blog seseorang tadi. dengar lagu nasyid, baca nasihat-2, cara untuk elakkan diri drpd syaitan semua. tiba-2 rasa sebak semacam. air mata dah bergenang dah, lebih-2 lagi pada hari yang sungguh mulia ni. Ya Allah, aku rasa begitu kecil. teramatlah kecil jika nak dibandingkan dengan nikmat yang Engkau dah berikan kpd hambamu. bila dengar lagu nasyid, teringat balik zaman sekolah rendah agama dulu. best sangat. kat sekolah menengah pun, semua semngat sambut hari yang mulia ni. maaf, saya bukanlah seorang yang warak mahupun golongan ulama' tapi saya yakin yang setiap muslim berperanan dalam berdakwah tidak kirala pangkat kita setinggi atau serendah mana pun. ini amanah Rasulullah SAW kepada umat-umat yang amatlah disayanginya. tapi sungguh saya mengatakan bahawa saya amat sedih tengok keadaan kita zaman sekarang. termasuklah diri saya sendiri. dunia kian dikejar tapi akhirat kian ditinggalkan di belakang. saya tahu yang saya takdela sehebat Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Don tapi saya juga seorang muslim, salah seorang umat Rasulullah SAW, salah seorang hamba Allah Maha Esa yang juga mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama Islam. dan saya amatlah bersyukur kerana dilahirkan Islam. saya ada seorang kawan muallaf. dia orang sabah. kesian tengok dia sebab mak bapak dia tak masuk islam. bayangkan, dia dgn adik beradik dia je yang masuk islam sebab ikut makcik mereka. kalau kat surau, saya selalu tengok dia belajar baca Al-Quran dgn senior. Alhamdulillah. :) sesungguhnya, saya teringin sangat2 untuk merasai kemanisan iman tu dan saya percaya bukan saya seorang sahaja yg mmpunya kehendak yang sama :)


No comments :

Post a Comment