Friday, February 3, 2012

wempitz


assalamualaikum dan hai ! :D  topik ni saya yakin yang almost everybody tau maksud "wempitz" tu kan ? haaa, tp bagi yang tak tahu tu. maybe korang tertanya, "wempitz ? apa kjadahnya tu ? rempit yang vroom-vroom tu ke ?" ehh ! bukan bukan. haha. ni rempit dari segi lain. iaitu dalam tulisan seperti ini :


sekali pandang macam corak seni untuk psv. tp dua kali pandang rupa-rupanya mesej -.- haha. ni nak bg pendapat sikit la kan. saya tahu bahasa "wempitz" ni kian dihina oleh masyarakat kita terutama golongan remaja kan kan kan ? kita gang ! haha. tapi ! saya tak dapat nak tipu yang saya pernah guna bahasa ni dulu-dulu. pehh, time tu, saya rasa tulisan besar kecik besar kecik tu memang COOL GILA doe ! haha. and saya tahu yang bukan saya sorang je yang fikir mcm tu kan ? time tu, bukan main lancar lagi baca. ni, tangan ni. semangat gila nak mampusss dok tekan button "shift" kat keyboard ni. tak pun kat phone kita dok semangat nak tukar-tukar huruf jd besar dan kecik. pehh, haha.siap gelak kat orang tua-tua sebab pergi type full. kita cakap skema. haha. tapi tu duluuuu. sekarang lain. and kompem punya masing-masing ada cara tersendiri untuk transform from wempitz to normal kan ? haaa, ni nak cerita saya punya pengalaman ni.

----------------------------------------------------------------------------------------
(dialog bukan sebijik tp lebih kurang)

*masa kegemilangan bahasa wempitz*


mama : "mama pelik la cara korang type ni. kalau nak guna singkatan pun, guna la betul-betul. contoh mcm "rumah" kan, kenapa jadi "umah" ? kenapa tak "rmh" je ? kalau setakat nk hilang satu huruf je baik tak payah"


farisa : "ntah la mama. trend kot"


------------------------------------------------------------------------------------------
*masa transformasi*


(adik membaca status saya di facebook)

adik : "kakak ! kakak rempit doe ! HAHAHA."


farisa : "hah ? rempit ? tak paham." (aku guna motor pun tak pndai, apa dorang merepek ni?)


adik : "apa ni ? dok guna "omwerk" la. "kowang" "skewl""nieyh". *blablabla*" (saya tak ingat sgt pun word apa saya guna time tu tp lebih kurang la)


farisa : "ohh, biar ah"


(mak saya pun gelak sekali dgn adik-adik saya. pehh, malu tak terkata time tu. rasa mcm kena hina habis ah)


--------------------------------------------------------------------------------------


ingat tak sms yang kita selalu terima ? alaa.. yang acah-acah chain texts tu. yang ada tulisan besar kecik. nampak mcm cantik gila je time tu. hahaha. tapi simpan jela, buat kenangan. so saya pun slowly belajar untuk tidak menjadi "wempitz" ni. percaya tak kalau saya cakap yang saya diawasi adik saya bila saya tgh type ?? oh, SILA PERCAYA. haha. gila ah. lepas tu, lama-lama Alhamdulillah. dgn berkat usaha dan motivasi drpd adik, saya kembali normal ! hahaha.



No comments :

Post a Comment