Friday, May 11, 2012

UEM and MARA :)

assalamualaikum dan hai :D lega ah kan siapa yang dah habis interview tu kan ? samalah kita ^^ rasa macam bebas gila. well, on the time being lah kan. nanti masuk U lain cerita. uhuk.  saya nak crampkan jelah terus experience saya for UEM and also MARA. :) for UEM, Alhamdulillah lah sebab saya berjaya ke final stage. final stage dia ada dua sessions tapi hari berlainan, hari isnin tu ktorang group assessment. lepas tu, ada individual punya interview depend dengan hari masing-2lah kan, saya punya hari khamis. ^^ and guess what ? interview MARA saya hari jumaat, esok tu. huuuu. T.T first-2 bila saya dapat tahu pasal ni, saya taknak pergi UEM punya sebab nak prepare for MARA. but then, saya mintak pendapat orang lain and majority suruh pergi just to gain experience and also confidence untuk MARA keesokan harinya. tapi UEM saya apply civil, MARA medic. see the twist there ? nak kena prepare untuk dua course yang berlainan in just limited amount of time. tapi bila dapat tahu MARA ni group assessment, i end up focusing more on civil rather than medic. pehhh. -.-  but it's worth it really. okay ni gambar time group assessment UEM. 


meet my group members ! :D ada aisyah jugak, kawan sekolah rendah wooo. hahah. (malas nak rotate :3)


ehem. poyo kejap. heheh (malas nak rotate jugak :3)


ni semua projek ktorang, heheh, comel kan ? kena buat macam ala-2 business marketing semua tu. ni 3D logo untuk company ^^


oh yeahh ! ni group ktorang punya 3D logo :DD ktorang punya nama company "excitedkids.com". hahah. so cuba teka ni apa ? ding dingg ! rubix cube xD hahaha. sumpah comel ! and we had fun making it :D creative gila semua group. serious semua cantik-2 :D hari tu ktorang dari pagi sampai ke petang, pukul 5 macam tu. pheww penattt. balik rumah terus rebah. haha. overall it was a good experience, all of them were so friendly :) 
okay lepas tu hari khamis saya punya individual interview. muka sama jelah kan. haha, ktorang 8 orang dalam waiting room tu. :) tahu tak saya orang LAST kena interview T____T pehh, bosan gila tunggu. hahah, nervous toksah cakap lerrr. okaylah, nasib baik saya buat research pasal civil engineering. dia tanya current issues semua, dapat jawablah ^^ dahlah saya prepare dalam sehari je sebab ingatkan tak pergi, ghupenya pergi interview tu -.- heww. ada mat salleh wehh. hahaha. siap kena record lagi ktorang. webcam tu atas tripod, dahlah depan mata kita benda tu. huuuu. watcool jelah :3 

okay dah selesai hal UEM, esok tu MARA. saya prepare untuk MARA malam sebelum tu. hahaha, bapak ahh. kerja nak last minute je kan. xD memandangkan ia hanyalah group, so saya tak buat research langsung pasal medic :3 just blogwalking and tengok task-2 yang dorang dah lalui and try untuk cari jawapan siap-2. oh yeah ! soalan bocor :3 and Alhamdulillah, group ktorang dapat yang HOT AIR BALLOON :DD yes yesss ! spot question kena dengan tepat ! saya dah prepare awal dah malam tu, saya dah buat research pasal zeti aziz sebab saya yakin ramai orang target PM :3 ada banyak lagi tasks like diabetes, business budget, budget university and some doctor situations. saya ada lah jotted down some points for every task malam sebelum tu, just for preparationlah kan :P 

okay about the task, ktorang kena pilih 4 out of 8 people untuk dibuang daripada hot air balloon tu. (kejam gila. hahaha) due to latitude semua tu. boleh pilih nak buat debate/mock meeting/group presentation. tapi masa diberi hanya 30 minit, so ktorang pilih mock meeting. :) best. haha. ktorang kena duduk keliling satu meja yang panjang and duduk ikut no giliran kita. macam saya, L4. ikut code program masing-2lah :) dia ada bagi briefing kejap, memang kejap habislah sebab dia tukang baca instructions je. haha. ada 3 orang interviewers, dorang duduk dekat depan kelas tu and kedudukan dorang sebelah meja ktorang. sambil ktorang discuss, dorang akan observe and ambil markah, so make sure kena active lah during discussion tu. hehehe. 8 orang dalam hot air balloon tu ialah

1. Dato' Sri Najib
2. Tony Fernandez
3.Zeti Aziz
4. Rozita Che' Wan
5. Khairul Fahmi Che' Mat
6. Dr. Fadzilah Kamsah
7. Menteri Hal Ehwal Islam
8. Pengarah MARA.

task ni very subjective. no right or wrong answers pun. dia just nak tengok macam mana ktorang berkomunikasi and critical thinking skills kita. :) janganlah diam je. heheh. antara 8 orang tu, ktorang kena pilih satu role untuk dipertahankan. saya semangat je pilih zeti aziz and terus jot down dia punya contributions semua. haha. saya dah agak dah PM memang awal dah kena rembat. Rozita Che Wan pun awal jugak. haha. paling last dipilih Dr. Fadzilah Kamsah :3 kesian. wehehehe. kena bincang pros and cons untuk setiap role and buat kata putus dalam masa 30 mins tu. 30 ke 40 mins mcm tu lah. haha. lepas tu, sorang-2 akan ditanya soalan. ada yang berkaitan dengan task, ada yang tak. group ktorang tu semuanya ambil medic untuk ke ireland. ^^ tapi kan kannn. saya sorang je yang tak ditanya soalan :'( lega tu ada lah sikit tapi pelik ah kan. orang lain semua ditanya. saya dok tunggulah jugak, dah semangat keluar kepala kan. haha. tetiba dia kata dah habis and boleh balik. pehhh. -.- haish tapi takpelah, time discussion tu saya banyak cakaplah jugak. hewww. saya memang bangkang habis Rozita Che Wan tu. hahaha kejam gila xD time ktorang nak buat kata putus tu, ktorang ikut majority. angkat tanganlah kan. haha comel je. ^^ and in the end, yang kena buang ialah Rozita Che Wan (semestinya, heheh) Khairul Fahmi Che' Mat, Dr. Fadzilah Kamsah and Tony Fernandez xD sorry korang semua. hahaha. sejam je overall interview tu, session saya pukul 9.00 am, panel 12. habis pukul 10 macam tu :) so yeah, lepas tu ktorang poyos lah sikit ambil contact info sesama sendiri. hehehe. tapi bestlah :) nervous tu ada lah jugak kan tapi yang penting enjoy. hahah, kadang-2 saya taknak fikir pun ada inteviewer yang sedang observe. main SS jelah bercakap. hahah. oh lupa nak bagitahu, saya punya ni dekat KPTM Bangi :) okay, siapa yang otw inteview to all the bestlah ye. :3 assalamualaikum. 
   



No comments :

Post a Comment